Siapa peminat dan pencinta UMAR al-KHATTAB kat sini?? Siapa tak kenal dengan salah sorang sahabat Nabi saw yang sebelumnya sangat menentang Islam dan akhirnya menjadi antara salah satu sahabat nabi yang digeruni musuh, sangat setia dan menjadi sahabat yang mengabdikan keseluruhan hidupnya utk Islam!

Umar yang terkenal dengan peribadi yang garang dan tegas serta seorang yang sangat hebat dalam ilmu pertahankan diri ini juga digeruni di kota Mekah sehingga digelar Si Singa Padang Pasir kerana kehebatannya berlawan dimedan perang.

Dari zaman awal kemasukan Islam hingga ke zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin, Umar al_khattab yang menjadi Khalifah ke-2 Umat Islam telah menggemparkan dunia dengan kebijaksanaan dan kejujuran dalam pentadbirannya hingga dapat menumbangkan 2 empayar besar! dan Umar al-Khattab berjaya mendirikan sebuah empayar Islam yang besar, yang adil dan makmur dengan pentadbiran yang cemerlang disamping beliau terus hidup penuh waraq dan sederhana!

Itu lah serba sedikit keperibadian Umar al-Khattab yang hebat ini!

Mari!!! Semarakkan perasaan utk mengenali pada para Sahabat ini dengan sesuatu yang dapat menunjukkan SEMANGAT dan CINTA kepada mereka pada minggu ini! tungguuuuuu...